NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - vi
11 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Menjahit sesi 1 - vi. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR telah memberi memberikan tugasan kepada peserta untuk dibuat pada kelas minggu hadapan iaitu menjahit apron. Seterusnya, guru MAHIR memberi contoh reka cipta apron. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan cara menjahit bahagian mengikut bahagian-bahagian yang telah di bahagikan iaitu bahagian kocek, bahagian tali atas, sisi, bawah apron dan bahagian melengkung.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran menjahit para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: